Kategori Berita Utama

Zahid: BN sudah bersedia hadapi pembangkang

2 DIS: Akar umbi UMNO perlu mengekalkan daya tahan tinggi bagi membantu parti dan BN mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum yang akan menjelang.

Mengulas perkara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti berkata jika elemen itu diterapkan, UMNO akan terus kukuh biarpun dihujani dengan pelbagai rintangan.

“Dalam hal ini, rasa untuk berkerja sebagai sebuah pasukan dan kebersamaan itu harus diperkukuhkan, biarlah dihujani dengan apa-apa isu,” katanya.

Naib Presiden parti itu berkata demikian dalam rancangan Ruang Bicara Khas, Bernama News Channel sempena persidangan agung UMNO 2017.

Tambah Zahid yang kini menjalankan tugas timbalan presiden UMNO, parti keramat berusia 71 tahun itu dan BN sudah bersedia untuk berhadapan asakan pembangkang berbanding PRU sebelum ini.

Katanya, UMNO juga sudah mengkaji metodologi pengkaderan dan strategi yang digunakan parti politik di seluruh dunia termasuk kejayaan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu.

“Kita lihat bagaimana LDP pernah mengalami keadaan sebagaimana UMNO dan BN, tetapi lihat dalam PRU Jepun yang lalu, Perdana Menteri, Shinzo Abe yang memimpin LDP buat pertama kalinya dalam berdekad-dekad mendapat dua pertiga suara majoriti, apabila pihak yang menentang akhirnya berpecah sesama sendiri,” kata Zahid.

Pada masa sama, beliau mengesa ahli UMNO untuk melupakan seketika soal pemilihan dalaman parti pada perhimpunan agung kali ini, sebaliknya memberi fokus dan penumpuan kepada agenda menghadapi pilihanraya umum.

Beliau berkata soal jawatan dalam parti akan menjadi tidak relevan sekiranya UMNO dan BN gagal mencapai kemenangan atau sekadar memperolehi majoriti yang kecil dalam plihan raya itu.

“Apa maknanya kita memegang sesuatu jawatan dalam parti tetapi kita kecundang dan tidak dapat membentuk kerajaan, itu saya fikir tidak lagi relevan. Biarpun kita berada di kerusi-kerusi yang empuk atas pentas politik, maka tidak ada sebarang makna jika kita tidak dapat membentuk kerajaan.

“Saya ulangi, berikan fokus untuk memenangani PRU14 ini dengan cemerlang,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2017 10:34 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: