Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zahid di Sarawak sambut hari Gawai, Aidilfitri

3 JULAI: Sempena perayaan Gawai dan Aidilfitri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi kediaman Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing di Jalan Laksamana Cheng Ho, hari ini.

Selain menikmati juadah istimewa yang disajikan, Zahid turut tertarik dengan ikan empurau, ikan eksotik termahal di negara ini yang dibela di pekarangan rumah Masing di Kuching.

Beliau kemudiannya, beramah mesra dengan tetamu di kediaman Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu selama satu jam setengah sebelum beredar ke Astana Negeri untuk menghadiri jamuan makan tengah hari bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Pada petang ini, Zahid dijadual mengadakan kunjungan ke kediaman Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di Taman BDC Stampin.

Malam ini, beliau dijadual berkunjung ke kediaman Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Jalan Casuarina, Petra Jaya.

Zahid tiba di negeri ini petang semalam dan terus mengunjungi kediaman Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg di Sri Minangkabau, Petra Jaya, sebelum menziarahi jenazah Allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman, di Laruh Skim, Jalan Matang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 July 2017 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: