Kategori Berita Utama

Zahid: Lambakan berita palsu dijangka meningkat pada PRU14

17 APRIL: Kegiatan perkongsian berita palsu yang berisiko memberikan ancaman kepada negara dijangka meningkat dalam musim pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia berdepan dengan  gejala terbabit sehingga menjejaskan perkembangan minda rakyat.

“PRU14 hanya berbaki tiga minggu lagi, tempoh ini adalah tempoh yang dipanggil sebagai musim gila.

“Ia akan menyaksikan banyak berita dan berita palsu dimuatkan secara digital serta dikongsi dalam rangkaian dan ancaman seumpama itu kini berada disenarai paling atas bagi kebanyakan negara,” katanya hari ni di ibu kota.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam penutup Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan kerajaan bertekad untuk mengawal ancaman yang dilakukan pihak tertentu daripada menjadi bertambah buruk.

“Ini bagi memastikan rakyat tidak terus terpedaya dan pada masa sama kerajaan tidak bercadang menyekat kebebasan rakyat menggunakan internet dan sosial media,” katanya.

Inisiatif kerajaan untuk membendung berita palsu dapat dilihat melalui pengenalan Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 yang menerima perkenan Agong dan diwartakan bermula 11 April lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 7:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: