Kategori Berita Utama

Zahid: Mahathir ahli politik terumbang ambing

13 JAN: Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai ahli politik yang bercelaru dalam kenyataannya apabila mendakwa dipaksa menjadi Perdana Menteri sementara oleh Pakatan Harapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, Pengerusi PPBM itu hanya mengeluarkan maklum balas selepas timbul komen-komen negatif terhadap pemilihan beliau sebagai Perdana Menteri sementara.

“Apabila pengumuman dibuat bahawa kononnya Pakatan Harapan menamakan beliau sebagai Perdana Menteri sementara, hari ini apabila ada komen-komen yang sebaliknya terhadap penerimaan pencalonan beliau, maka beliau kata dipaksa,” katanya.

“Saya amat menghargai Dr Mahathir kerana secara konsisten tidak konsisten. Beliau ‘consistently inconsistent,”kata Zahid dengan nada sindiran.

Beliau berkata demikian selepas menutup program Multaqa Permuafakatan Pegawai Masjid dan Guru Kafa Daerah Bagan Datuk hari ini.

Pada Khamis, Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetapi beliau dipaksa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 4:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: