Kategori Berita Utama

Zahid nafi klip audio tular adalah suara beliau

16 MEI: Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan rakaman audio yang tular di media sosial ialah beliau yang didakwa memarahi Pemuda UMNO.

“Itu bukan saya.

“Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut.

“Insya-Allah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan dan kekuatan perjuangan kita,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam Twitternya hari ini.

Semalam beredar klip audio  berdurasi 12 saat yang memaparkan kata-kata kesat didakwa adalah suara Zahid.

Antara kandungannya ialah memarahi Pemuda UMNO kerana gagal membela bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diserang, tetapi kini tampil mendesak pemimpin itu meletakkan jawatan.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 May 2018 2:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: