Kategori Berita Utama

Zahid: Ribuan ke rumah terbuka bukti sokong PM

25 JUN: Kehadiran ribuan tetamu ke Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya memperlihatkan sokongan kuat rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kehadiran pengunjung sejak tujuh pagi   pada tahun ini juga meningkat berbanding tahun sebelumnya.

“Ini menunjukkan sambutan baik. Kali ini juga banyak rakyat Malaysia yang bukan dari Putrajaya sahaja, tetapi dari Negeri Sembilan, Perak dan Johor.

“Ini memperlihatkan yang mereka ingin bertemu dengan Perdana Menteri. Bila mereka salam dengan Perdana Menteri macam ada kelegaan pada mereka,” katanya selepas majlis berkenaan hari ini.

Rumah terbuka yang berlangsung sehingga jam empat petang tadi turut dihadiri pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional serta pelbagai lapisan masyarakat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 June 2017 7:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: