Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zahid: Selamat tinggal kepada parti ‘kucar bojeng’

16 MAC: Jentera BN perlu menggunakan kesempatan mendapatkan sokongan rakyat susulan pemerintah di Kelantan berada dalam keadaan ‘kucar bojeng’ (bercelaru).

Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata sudah tiba masanya mengucapkan selamat tinggal kepada parti terbabit dan BN serta UMNO wajar merampas kembali negeri itu.

“Saya yakin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) bakal memimpin kerajaan negeri apabila semua jentera BN mengambil alih lebih banyak kerusi di bawah panji BN.

“Saya yakin beliau akan mengetuai kita untuk membawa pelbagai pembangunan di Kelantan,” kata Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks UMNO Uthmaniyah, di Pasir Puteh hari ini.

Turut hadir ialah Mustapa, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Sejak 1990, Kelantan diperintah oleh PAS yang didakwa gagal membawa pembangunan di negeri itu.

Sementara itu dalam sidang media, Zahid berkata budaya ‘cah keting’ tidak timbul kalangan pemimpin BN di negeri itu berbanding PRU13.

“Saya banyak melakukan pertemuan dengan Tok Pa bersama ketua bahagian di negeri ini dan mereka sudah memastikan tiada lagi ‘titik bengik’ yang akan dilayan walaupun permintaan itu masih wujud.

“Pada masa sama, kita bukan nak serang pihak lawan, tapi kita akan tawarkan apa yang dijanjikan BN kepada rakyat Kelantan,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 March 2018 3:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: