Kategori Berita Utama

Zahid: Status kerakyatan ADUN Pujut diteliti KDN

4 JULAI: Status kewarganegaraan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon sedang diteliti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan bahawa langkah seterusnya bakal diperincikan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah membatalkan pemecatan wakil rakyat DAP itu berhubung isu pemilikan dua kerakyatan.

“Ini termasuk proses rayuan bagi mengenepikan keputusan mahkamah berkenaan. Biar proses ini selesai dulu, kemudian kita bincang tindakan susulan berhubung perkara ini,” katanya.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur,sebentar tadi.

Pada Mei lalu, Tiong Choon dipecat oleh DUN Sarawak susulan usul dwikerakyatan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Ke-II Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Bagaimanapun, keputusan itu dicabar di Mahkamah Tinggi Kuching dan pada 17 Jun lalu, ianya memihak kepada wakil rakyat DAP itu.

Berikutan itu, DUN Sarawak memaklumkan Peguam Besar Negeri, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid, akan memfailkan rayuan kes berkenaan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh 30 hari berdasarkan peruntukan undang-undang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 July 2017 1:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: