Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zahid tinjau kompleks baharu UMNO Bagan Datuk

24 MAC: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan melawat Kompleks UMNO Bagan Datuk di Parit 4, Sungai Sumun hari ini.

Timbalan Pengerusi BN itu meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk meninjau kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan.

Turut serta Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Khairudin Tarmizi.

Bangunan itu dijangka siap Mei ini menggantikan bangunan Wisma UMNO Bagan Datuk di Simpang 4, Hutan Melintang.

Kompleks itu dilengkapi pelbagai kemudahan antaranya kafeteria, gelanggang futsal dan kemudahan meletak kenderaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 March 2018 2:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: