“Pingat emas ketiga hadiah buat Malaysia dalam acara terjun 10 meter platform seirama. Tahniah @cheongjunhoong & @Pandelela_R. Ayuh, teruskan sokongan untuk atlet negara di #GC2018,” katanya melalui Twitter, hari ini.

 Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menepati ramalan meraih pingat emas Sukan Komanwel 2018 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Lebih manis, satu lagi pasangan negara, Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut berjaya menggondol pingat gangsa dalam acara sama.

Setelah lima pusingan terjunan, Pandelela dan Jun Hoong berjaya mengumpul 328.08 mata, manakala Mun Yee dan Dhabitah pula berjaya meraih 308.16 mata.

Pingat perak milik pasangan Kanada, Meaghan Benfeito dan Caeli McKay yang berjaya mengumpul 312.12.