Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zahid umum pembinaan masjid baharu Ass-Saadah

29 DIS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembinaan Masjid baharu Ass-Saadah di Kampung Sungai Dulang Dalam di Bagan Datuk.

Tanpa mendedahkan peruntukan untuk pembinaan masjid itu, beliau berkata ia perlu memandangkan ruangan  sekarang agak sempit.

“Saya luluskan peruntukan masjid baharu dengan syarat supaya jemaah di kampung ini datang solat pada waktunya.

“Penuhinya (masjid) dengan mengimarahkannya,” katanya hari ini.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk dilaporkan turut beramah mesra dengan para kariah dan penduduk sebelum menunaikan solat Jumaat.

Terdahulu, beliau meninjau persiapan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Dulang Dalam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 December 2017 5:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: