Kategori Berita Utama

Zaid dakwa Anwar di bawah skirt Rafizi hentam beliau

27 FEB: Selepas kredibilinya dipersoal dan dituduh melobi projek untuk kawan-kawan, Datuk Zaid Ibrahim membalas serangan Rafizi Ramli dengan melabel Pengarah Strartegi PKR itu sebagai ‘budak graduasi’ didikan politik Anwar Ibrahim.

Malah, katanya pendedahan Ahli Parlimen Pandan mengenai  isi kandungan emel Zaid kepada Rafizi yang dikatakan berniat melobi projek itu, ianya menunjukkan pebuatan Rafizi sebagai satu kerja ‘politik budak jahat’.

Bagi Zaid, tindakan Rafizi cuba memburuk-burukkan beliau dalam soal kredibeliti hanyalah  perisai yang cuba dibina Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah rasa tergugat dengan kesediaan beliau bertanding di Kajang.

zaidibrahim

Zaid…Anwar jangan berselindung belakang Rafizi

“Saya cuma nak bagitahu Anwar Ibrahim, tak usah berselindung di belakang Rafizi, suruh budak itu cerca saya. Kita berdepan soal kepimpinan ini sendiri dan integriti pemimpin, itu yang perlu kita bincang.

“Ini budak yang graduate politik Anwar Ibrahim, Rafizi lah orangnya, Rafizi yang digambarkan sebagai anak muda reformasi ini sebenarnya graduan Anwar Ibrahim.

“Sebab itu Anwar takut nak berdepan dengan saya sebab soal integriti dan kredibiliti ini. Saya yakin saya lebih baik daripada dia, saya yakin sebab itu dia takut nak berdebat dengan saya,” katanya dalam sidang media di kediamannya di Petaling Jaya,Khamis.

Tambahnya lagi, Rafizi dan Anwar harus ingat inisden yang pernah terjadi beberapa tahun dahulu melibatkan kredibiliti Anwar selaku salah seorang pemimpin dalam Barisan Nasional.

Malah beliau sangat yakin bahawa intergiti dan kredibiliti beliau jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Awnar ketika berada dalam kerajaan selaku menteri.

zaidibrahim1

Zaid…Rafizi amal politik budak jahat

“Dia takut sebab integriti dan kredibiliti dan rekod saya lebih baik daripada dia, semasa saya menteri saya tak pernah salah guna kuasa, tapi Anwar masuk penjara sebab salah guna kuasa, kita jangan lupa.

“Semasa dia menteri dia bagi kontrak pada kroni dia, ini didedahkan oleh Tun Dr Mahathir  (Mohamad) tahun 1998, itu semua kita ingat. Dia tuduh Tun Mahathir itu pemimpin yang berkroni, tetapi bila senarai keluar, senarai mana yang lebih? Rakyat jangan lupa tahun 1998,” tegasnya lagi.

Sambil menyifatkan Anwar tidak lebih dari berselindung di bawah ‘skirt’ Rafizi, beliau meminta Ahli parlimen Pandan itu untuk lebih berpijak di bumi yang nyata.

Kata bekas Naib Presiden PKR itu lagi, jangan kerana beliau berjaya dalam satu atau dua pendedahan, itu seolah-olah jaminan  mahupun lesen untuk terus berlagak seperti jaguh dalam politik.

“Semata-mata kerana dia berjaya malukan (Datuk Seri )Shahrizat (Abdul Jalil) dan NFC dia rasa dia dah hero besar, dia rasa dia dah menang di Pandan itu dia dah hero besar?

“Maka saya harap, janganlah kerana hendak mempertahankan Anwar secara membabi buta, Rafizi menjadi budak jahat yang mengamalkan politik fitnah dan kotor. Jangan menjadi anak didik reformasi yang kononya mendewa-dewakan perubahan, lantas membuat fitnah melulu.

“Dalam politik bohong dan fitnah orang, rakyat akan tahu kalau tidak sekarang kemudian akan terdedah juga. Rakyat akan ingat,” katanya.

Rafizi pada Rabu mendedahkan Zaid pernah melobi projek di Selangor semasa berada di dalam parti sambil mengecamnya tidak layak bercakap mengenai kredibiliti dan intergriti sebagai alasan bertanding PRK Kajang.

Beliau turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.

zaidibrahimpc

Sidang media Zaid balas serangan Rafizi terhadapnya. Foto HILMI JAAFAR

Menurut Zaid, Anwar bimbang dengan cabaran sebenar di Kajang, yang bukannya dari MCA atau BN sebaliknya dengan beliau dan kerana khuatir  tewas, maka beliau difitnah.

Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu turut mempertikai Anwar yang sering mengatakan beliau tidak dirujuk Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal air di Selangor.

“Apakah niat sebenar Anwar hendak jadi Menteri Besar. Adakah beliau berharap dengan penswastaan itu di bawah kawalannya supaya kekayaan Selangor boleh diagihkan kepada PKR dan konco-konconya seperti beliau lakukan ketika bersama UMNO dulu,” soalnya. –bnbbc.my

Dulu Anwatr sendiri puji Zaid sebagai lelaki yang mempunyai prinsip?

Dulu Anwatr sendiri puji Zaid sebagai lelaki yang mempunyai prinsip?

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 February 2014 4:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: