Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zakaria akan dipanggil semula

6 JUN: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, akan dipanggil semula untuk mempertahankan diri selepas selesai siasatan audit dalaman selesai.

Pengerusi Kumpulan FGV, Tan Sri Isa Samad, berkata Zakaria boleh berbuat demikian apabila Lembaga Pengarah FGV mengeluarkan surat tunjuk sebab.

“Kita minta beliau bercuti untuk mudahkan siasatan, bukannya memberhentikan beliau.

“Jika siasatan audit dalaman mendapati tiada kesalahan, beliau tidak akan dikenakan tindakan,” katanya di Menara FELDA, Selasa.

Pada pagi tadi, Zakaria dilaporkan diarah melepaskan jawatannya, bagaimanapun beliau enggan berbuat demikian sehinggalah Lembaga Pengarah FGV mengarahkan beliau serta beberapa  pegawai kanan bercuti.

Sementara itu, menurut Isa, hasil siasatan syarikat audit luar, PricewaterhouseCooper (PwC) terhadap urus niaga itu yang menjurus kepada arahan bercuti terhadap Zakaria dan tiga individu lain serta dikatakan terdapat unsur-unsur rasuah.

“Buat masa ini, kita cuma membenarkan audit dalam saja buat siasatan, namun jika ada pihak lain seperti SPRM nak masuk menyiasat, kita tidak akan halang,” katanya lagi.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 5:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: