Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zakaria di ibupejabat SPRM

7 JUN: Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd yang sedang bercuti berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Datuk Zakaria Arshad yang tiba bersendirian pada jam 2.25 petang hari ini berkata SPRM meminta beliau membantu dalam siasatan kes dakwaan salah laku membabitkan syarikat.

“Saya juga di sini untuk mengemukakan beberapa dokumen kepada SPRM,” katanya, Rabu.

Zakaria mengesahkan bahawa dokumen-dokumen itu adalah berkaiatan FGV.

Ditanya sama ada beliau akan menjawab mengenai dakwaan berhubung isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products (DOP), Zakaria berkata, beliau bersedia memberikan segala kerjasama kepada SPRM.

Semalam, Zakaria dan tiga lagi pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya dipaksa bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Tiga yang lain adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Kanan DOP, Kamarzaman Abd Karim serta Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 June 2017 3:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: