Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zakaria yakin tak bersalah dapatkan khidmat peguam Shafee

19 JUN: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad yakin dirinya tidak bersalah dalam kemelut yang membelenggu syarikat itu.

Sehubungan itu, Zakaria akan mendapatkan khidmat peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah untuk mempertahankan dirinya.

“Saya akan mematuhi cadangan yang akan dikeluarkan oleh Datuk Seri Idris Jala. Berkaitan dengan siasatan dalam yang diusahakan oleh Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, saya yakin saya akan dibuktikan tidak bersalah.

“Saya telah menghubungi Muhammad Shafee untuk mewakili saya bagi berdepan perkara ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Zakaria dalam pada itu mengucapkan tahniah atas lantikan Tan Sri Sulaiman Mahboob sebagai pemangku Pengerusi FGV sebagaimana diumumkan pada hari ini.

Ia berikutan peletakan jawatan Tan Sri Isa Samad yang berkuatkuasa hari ini bagi ‘memberi tumpuan kepada urusan peribadi’.

FGV kini berdepan dengan kemelut yang menyaksikan empat pegawai kanan agensi perladangan itu, termasuk Zakaria, diarahkan bercuti berkuat kuasa serta merta, dua minggu lalu.

Arahan bercuti itu dikatakan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 5:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]