Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zaleha buat apa yang ahli politik tak laksanakan

3 APRIL: Kontroversi penyingkiran peserta kelahiran Pahang dalam rancangan MasterChef UK 2018 menjadi penyatu kepada rakyat Malaysia untuk memberi sokongan bagi mempertahankan resepi rendang ayam yang dihidangkan wanita itu.

Zaleha Kadir Olpin, 48, dikritik hebat oleh juri selepas menghidangkan menu nasi lemak bersama ayam yang tidak rangup dalam program disiarkan saluran BBC pada 25 Mac lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata suasana menjelang pilihan raya umum membuatkan ramai mudah terlupa tentang titik persamaan yang menyatukan rakyat di negara ini.

“Kita biasa mendengar bahawa sukan dan makanan menyatukan rakyat. Ternyata kata-kata ini terbukti minggu ini.

“Zaleha dan rendang ayamnya secara tidak langsung menjadi penyatu rakyat, tidak kira daripada kerajaan atau Pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Mengucapkan syabas kepada wanita yang menetap di Bristol, Anifah berharap dapat bertemunya pada masa akan datang.

“Anda berjaya menerusi cara yang tidak boleh dilakukan kebanyakan ahli politik, iaitu, menyatupadukan rakyat Malaysia di kala sedang berlakunya perpecahan,” kata beliau.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2018 9:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: