Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zambry nafi adik Ustaz Kazim mahu lompat parti

10 JULAI: Barisan Nasional (BN) Perak menafikan bahawa pengisytiharan ADUN Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias untuk tidak bertanding pada pilihanraya umum ke-14, disebabkan bakal menyertai parti politik lain.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir difahamkan wakil rakyat itu masih sayangkan UMNO.

“Beliau tidak memaklumkan kepada saya secara rasmi, cuma beliau memikirkan masa untuk berkhidmat sudah sampai ke penghujungnya.

“Seperti saya umumkan sebelum ini ada dalam kalangan wakil rakyat BN di negeri itu menyatakan hasrat untuk tidak bertanding,” kata Menteri Besar Perak itu selepas satu wawancara radio negeri itu hari ini.

Semalam, Ahmad Hasbullah juga adalah adik kepada pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Sementara itu, ditanya sama ada BN akan memujuk penyandang DUN Kubu Gajah itu supaya mengubah keputusannya  memandangkan beliau calon popular, Zambry berkata pihaknya bersedia menimbang perkara demikian.

“Saya tidak boleh komen kerana saya belum berjumpa dengan dia tetapi kita akan melihat dari semua aspek.

“Apa yang lebih penting ialah dia sudah menyatakan hasratnya dan kita berterima kasih atas perkara itu,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 July 2017 5:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: