Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zambry nafi komponen BN Perak berbalah

15 APRIL: Barisan Nasional (BN) Perak dijangka mengumumkan manifesto Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) 18 April depan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

“Saya akan umumkan dalam satu majlis, kita jangkakan Rabu.

“Manifesto ini merupakan satu manifesto yang menyeluruh dan bukan hanya menabur gula-gula dan harapan palsu,” katanya dipetik.

Menurut Menteri Besar Perak itu, proses pemilihan calon sudah selesai dan hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sebelum mengumumkannya secara rasmi.

Pada masa sama, beliau menyangkal dakwaan bahawa BN negeri masih belum memuktamadkan senarai calon kerana terdapat perbalahan kalangan komponen parti.

“Ini dakwaan yang tidak benar kerana Perak adalah negeri yang paling kurang bermasalah.

“Persoalan kerusi itu milik parti tertentu, atau kerusi tradisi parti tertentu juga tidak timbul, matlamat utama kita adalah untuk menang,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 5:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: