Kategori Berita Antarabangsa

Zoo China dikecam jadikan anak anjing makanan ular

5 FEB: Sebuah zoo di China dikecam masyatakat dan aktivis pelindung hak haiwan selepas menjadikan anak anjing sebagai makanan ular sawa.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Zoo Hebin Park di Pingdingshan dilaporkan cuba mengelak dengan mendakwa amalan itu dilakukan oleh pemilik persendirian di bahagian reptilia zoo tersebut.

Skandal itu terbongkar selepas beberapa keping gambar dan video tular di media sosial.

Laporan Agensi menyebut, rakaman visual menunjukkan seekor anak anjing dalam ketakutan di tengah-tengah lingkaran seekor ular sawa Burma di dalam sebuah sangkar.

Ular tersebut juga dilihat mempunyai tiga atau empat bonjolan pada badannya yang mungkin merupakan beberapa ekor anak anjing yang sudah ditelan.

Netizen mengecam zoo berkenaan sejak kumpulan pejuang hak haiwan, PETA, menerusi pejabatnya d Asia menyebarkan gambar-gambar tersebut ke atas talian.

Jurucakap Zoo Hebin Park dalam satu kenyataan mengakui pihaknya ada menjadikan anak anjing sebagai makanan ular sawa.

“Pengarah kami sudah memanggil mereka dan mengarahkan mereka berhenti melakukannya,” kata kenyataan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 February 2018 8:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: