Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zuraida dibidas pasal tiada bajet OKU

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin diselar kerana menuduhkan Bajet 2014 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengabaikan golongan kurang upaya.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, tuduhan Zuraida tidak betul kerana setiap kali bajet, nasib Orang Kurang Upaya (OKU) tetap dibela.

“Sebanyak RM441 juta disediakan untuk orang kurang upaya yang disediakan Perdana Menteri masa bentang bajet baru-baru ini,” katanya menjawab soalan tambahan Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR.

okuMenurut Azizah selain bantuan kewangan, pelbagai bantuan dan insentif ditawar untuk memastikan OKU boleh berdikari dan diberikan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka.

“Selain beri elaun RM300 sebulan, mereka diberikan latihan dan kementerian juga membantu mendapatkan kerja untuk golongan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ang menerima bantuan memastikan wang tersebut tidak disalahgunakan.

Azizah berkata, mengikut jumlah populasi semasa negara ini dengan bilangan 29.7 juta penduduk adalah dianggarkan 4.4 juta penduduk adalah OKU.   -6/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 November 2013 11:34 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: