Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Zuraida perlu jawab isu hutang Yayasan Selangor

11 JULAI: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengesa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin serta bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh tampil bagi menjelaskan peranan mereka dalam sebuah syarikat swasta yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak dengan Yayasan Selangor.

Presiden Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK), Datuk Zul Azhari Mohamed Juah mendakwa kedua-dua individu itu menjadi ‘orang tengah’ kepada syarikat berkenaan.

Menurut Zul Azhari, beliau menerima ‘surat layang’ yang mendakwa syarikat itu mempunyai hutang berjumlah RM233,833.

“Kami dapati ada syarikat yang kami tidak mahu namakan lagi, berhutang dengan Yayasan Selangor sejak enam tahun lalu.

“Saya hairan kenapa Zuraida mewakili syarikat itu untuk berunding mengenai bayaran. Siapakah Zuraida untuk berbuat demikian? Adakah dia dapat komisen dalam hal ini?” soalnya tanpa memberi butiran syarikat yang didakwa berhutang dengan Yayasan Selangor,” katanya hari ini.

Zul Azhari berkata demikian selepas menyerahkan salinan surat terbuka menyokong Yayasan Selangor kepada Pengurus Bahagian Korporatnya, Zaini Sulaiman di Petaling Jaya.

 

Pada 2013, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengesa tindakan undang-undang diambil terhadap tunggakan hutang berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 5:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: